gluta skincare

Sunday 10 November 2013

CARA atau TIPS menghilangkan JERAWAT...


Sebelum saya nak citer lebih lanjut pasal petua atau tips menghilangkan jerawat ni kan, better saya syer dulu ape yang tengah berlegar legar kat fikiran ni sebab kalau tak tunaikan hajat nanti apa yang nak dikongsi jadi xsyok...betol ke idokkkk?????huhu...

Hari ni tiba2 terasa nak makan kuah kacang ngan nasi himpit pulak....masuk dapur tgk sume barang ade so, apa tunggu lagi..terus la g dapur masak..
TARRAAAAAAAAAAA ni lah hasilnya!!!!!!!!!!!!!!!! 






boleh tahan jugak la rasenya bila masak guna air tangan sendiri...btol x?air tangan tu yg penting org kate...hehe.. ok dah2..


Then, berbalik pada cerita asal tadi, kita nak syer pasal cara-cara untuk menghilangkan jerawat, kita syer pasal ni kan sebab kita nk tolong kawan2 semua yang menghadapi masalah kulit muka berjerawat...bukan nak kate muka kita ni cantik sangat n langsung tiada jerawat tapi kita rasa bersukur sangat sekarang kerana muka kita yang sangat teruk dengan maslah jerawat pada suatu ketika dahulu kini ALHAMDULLILAH dah makin pulih sepenuhnya...syukur YA ALLAH...n inilah adalah cara-caranya :


Cara / Tips / Petua Menghilangkan Jerawat

1. Ambil beberapa helai daun jambu biji yang masih muda, bahagian pucuknya. Cuci hingga bersih dan ramas daun tersebut dengan air. Kemudian cuci muka anda dengan air perahan jambu biji tersebut. InsyaAllah, anda dapat lihat hasilnya setelah beberapa hari.
2. Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.
3. Sediakan campuran bedak sejuk dengan garam dan air asam jawaSelawat pada Nabi tiga kali. Sapukan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
4. Basuh muka dengan air basuhan beras. Biarkan ia kering sendiri. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
5. Bersihkan muka sehingga bersih. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
6. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering dengan sendirinya di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
7. Rendam beberapa keping asam gelugur (asam keping) selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.
8. Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Amalan ini elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan dua kali seminggu.
9. Giling segenggam beras bersama segenggam daun inai hingga lumat. Bulat-bulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering. Simpan dalam bekas kedap udara. Apabila hendak menggunakannya, titis beberapa titik jus limau nipis dan sapukan pada keseluruhan muka dengan menggunakan belahan kentang. Amalkan dua kali seminggu.

Petua Menghilangkan Jerawat Cara Moden

1. Aspirin (ubat demam) – Untuk mengurangkan kemerahan dan mengecutkan jerawat yang baru tumbuh, hancurkan sebiji aspirin (Panadol) dan lembabkan ia dengan sedikit air. Kemudian sapu campuran tersebut ke bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan menggunakan air bersih. Ulangi prosedur ini sehingga jerawat anda mengecut dan hilang.
2. Ubat Gigi – Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan ia mengering sehingga keesokan harinya. Kemudian bilas muka anda. Ubat gigi mampu mambantu untuk mengeringkan jerawat dan juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.
3. Minyak Zaitun – Petua ini telah diamalkan sejak zaman nenek monyang lagi. Campurkan satu sudu besar minyak Zaitun dengan 4 sudu garam, kacau sebatian untuk beberapa minit. Sapu pada bahagian wajah anda yang ditumbuhi jerawat dan biarkan seketika. Kemudian bilas wajah dengan menggunakan sabun pencuci muka.

SELAMAT MENCUBA YER..KALAU ADA USAHA IN SHAA ALLAH BERHASIL..



No comments:

Post a Comment